Posisi utama dalam skuad England yang kini dipegang Roy Hodgson kembali menjadi bualan selepas pasukan itu tersingkir daripada aksi Piala Dunia di Brazil.
Mourinho mengakui berminat jika diberi peluang untuk menguruskan skuad The Theree Lions pada masa akan datang.
"Memang berminat kerana saya sukakan negara ini. Ia seperti negara sendiri.
"Pun begitu bukan sekarang. Bukan tujuh tahun yang lalu ketika saya mendapat peluang itu.
"Bukan sekarang sebab saya masih muda dan perlukan lebih banyak latihan setiap hari.
"Sudah tentu pasport dan hati saya tidak akan berubah. Saya Portugis 100 peratus," katanya.
Mourinho kembali ke Stamford Bridge selepas meninggalkan skuad ini pada tahun 2007.
Sementara itu, Mourinho yang tidak sabar ingin melihat aksi bekas pemain tengah Arsenal Cesc Fabregas bersama The Blues musim depan.
Fabregas,27, yang turut beraksi bersama Sepanyol pada Piala Dunia di Brazil bersetuju pindah ke Chelsea dari Barcelona awal bulan ini.
"Dia merupakan salah seorang pemain yang kita hendaki, bukan sahaja kualiti sebagai pemain tetapi sikap yang ada dalam dirinya.
"Dia merupakan pemain terbaik sepanjang kariernya, dia faham England, dia tahu Liga Perdana Inggeris, jadi dia tidak ada masalah untuk menyesuaikan diri di sini.
"Saya yakin dia jenis pemain yang datang berlatih selama dua minggu dan sedia untuk buktikan kemampuannya," jelas Mourinho.
No comments: