» » MH370 Hampir Pasti Guna Kawalan Autopilot


Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, misi pencarian pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 diperluaskan ke selatan dan pesawat tersebut dipercayai menggunakan sistem kawalan autopilot sebelum dilaporkan hilang.

"Pesawat itu hampir pasti menggunakan sistem kawalan autopilot. Jika tidak pesawa itu tidak akan terbang mengikut laluan teratur seperti dikesan beberapa buah satelit," katanya.

Namun, beliau berkata, penyiasat belum dapat merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut dan berdasarkan analisis keseluruhan maklumat itu, mereka yakin MH370 menggunakan fungsi autopilot.

Truss berkata, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengeluarkan laporan yang menggariskan asas kepada kesimpulan mereka bahawa kawasan pencarian baharu itu adalah lokasi pesawat tersebut mungkin boleh ditemui.

Katanya, semakan data mengenal pasti satu kawasan baharu seluas 60,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Fasa baharu pencarian pesawat berkenaan akan bermula pada Ogos depan dan dijangka memakan masa sehingga 12 bulan.

"Kami kini mengubah tumpuan ke satu kawasan yang lebih jauh ke selatan berdasarkan analisis yang dilakukan," kata Truss.

Menurutnya, zon pencarian baharu itu terletak sekitar 1,800 kilometer ke barat bandar raya Perth.

Kawasan itu pernah menjadi zon pencarian udara MH370 tetapi gagal menemui sebarang serpihan.

Sebanyak dua kapal iaitu Fugro Equator dan Zhu Kezhen mula meninjau kawasan tersebut sebelum pencarian di dasar laut dilakukan secara intensif bagi mencari kapal terbang hilang itu.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .