» » Maya Karin Kerap Ke Luar Negara Bukan Kerana Teman Lelaki


Pelakon dan penyanyi Maya Karin menjelaskan kekerapannya ke luar negara sejak akhir-akhir ini terutamanya London bukan kerana ingin bertemu kekasih sebaliknya menghabiskan masa bersama bapa dan adiknya yang menetap di negara itu.

Maya, 34, berkata, dia juga sedang berjinak-jinak dengan perniagaan dalam bidang hartanah di London dan sedang mengintai lebih banyak peluang di sana.

"Kekasih? Tidak. Saya ke sana kerana bapa dan adik saya menetap di London dan sambil-sambil itu saya sedang mengintai peluang perniagaan dalam bidang hartanah di London.

"Setakat ini saya berjaya menjual sebuah rumah di sana membuatkan saya kena lebih kerap berada di London dalam mengembangkan perniagaan tersebut namun setakat ini saya sudah berjaya menjual enam hartanah di Malaysia," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Maya mengakui, dia memang seorang yang gemar melancong kerana gemar menggembara melihat keindahan selain mengutip pengalaman terutamanya di negara Eropah.

"Selalunya saya melancong selepas tamat sesuatu penggambaran filem kerana ingin menenangkan fikiran selain ingin mengutip pengalaman di tempat yang dikunjungi," jelasnya.

Bagaimanapun kata Maya, ibunya sentiasa mengingatkannya supaya tidak berbelanja melebihi RM10,000 setiap kali ke luar negara dan memanfaatkan wang yang ada kepada perkara berfaedah.

Atas dasar itu juga kata Maya dia mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang hartanah kerana melihat ia mempunyai potensi besar dan menguntungkan.

"Apa-apa pun kita kena belajar dari bawah dan tidak terlalu terkejar-kejar dalam melakukan sesuatu. Saya secara peribadi memang meminati bidang hartanah dan sebab itu saya sering berulang alik ke London bagi mencari peluang," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .