Dalam temubual eksklusif bersama New Straits Times yang disiarkan hari ini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, kegembiraan rakyatnya menjadi keutamaan dan baginda mahu memastikan mereka faham peruntukan dalam Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 (LPHJ) itu.
“Tidak ada campur tangan. Saya mahu rakyat faham enakmen itu dan gembira dengan perkara itu,” kata baginda.
Sultan bertitah, wakil kerajaan negeri akan mengadakan jelajah untuk menjelaskan peruntukan dalam enakmen itu.
Tuanku bertitah, adalah penting untuk rakyat memahami dengan jelas peruntunkan yang terkandung dalam enakmen itu.
“Sebaik sahaja mereka gembira, menteri besar (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) akan mempersembahkan enakmen itu kepada saya,” titah Sultan Ibrahim.
sumber
No comments: