» » Laporan skandal NFC tangguh lagi


Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa Kira-kira Wang (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata hasil siasatan ke atas skandal National Feedlot Corporation masih belum dapat dibentangkan kes tersebut masih berlarutan di mahkamah.

Nur Jazlan berkata laporan berkenaan disiapkan oleh anggota jawatankuasa lebih setahun lalu, sebelum pilihan raya umum ke-13, dan dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat pada tahun lalu.

Menurutnya, Spekaer Tan Sri Pandikar Amin Mulai merujuk perkara itu kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Laporannya sudah siap, ia boleh dibentangkan tetapi peguam negara berpendapat ia mungkin sub judice (kepada kes yang sedang dibicarakan)," katanya.

Nur Jazlan dalam laporan pada 26 November lalu menyebut, laporan itu akan dibentangkan pada 3 Disember selepas tertangguh selama seminggu.

Laporan itu antaranya mengandungi beberapa saranan daripada PAC berkenaan projek berkenaan.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .