» » 'Laporan audit bukti komitmen kerajaan ke arah ketelusan'


Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Senator Datuk Seri Idris Jala (gambar) menyifatkan Laporan Ketua Audit Negara sebagai bukti komitmen kerajaan ke arah urus tadbir lebih telus.

Idris, yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Laporan Ketua Audit Negara lengkap dan tepat.

"Laporan Ketua Audit Negara sangat terperinci dan ia dijalankan kerana ketelusan.

"Ia menekankan bukan hanya kepada penambahbaikan yang diperlukan daripada kerajaan, tapi juga mempelajari amalan yang terbaik daripada kementerian dan agensi," kata Idris hari ini dalam satu kenyataan.

Idris juga berkata tidak pernah melihat Laporan Ketua Audit Negara yang komprehensif seperti dilaksanakan oleh kerajaan.

"Saya masih belum melihat Laporan Ketua Audit Negara dari negara lain yang komprehensif seperti kita," katanya.

Beliau menambah usaha membentangkan Laporan Ketua Audit Negara secara berperingkat juga dapat menilai tahap ketelusan kerajaan.

"Dengan mengeluarkan tiga kali laporan, ia menunjukkan komitmen dan menilai tahap akauntabiliti kerajaan," katanya.

Mengenai pembentangan kepada media semalam, Pengarah NKRA Anti-Rasuah Pemandu, Ravindran Devagunam menegaskan usaha tersebut perlu diteruskan.

"Sesi dialog media semalam adalah penting dan untuk itu kami memuji penjawat awam ke atas komitmen mereka," katanya.

Dalam pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 baru-baru ini, sebanyak 230 syor dikemukakan dalam bagi membantu kerajaan persekutuan, badan berkanun persekutuan dan kerajaan negeri membuat penambahbaikan dan memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .