» » Guru diawasi kerana posting Facebook


Tindakan memuat-naik poster calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ke dalam Facebook, antara lain, telah mengundang masalah kepada seorang guru

Menurut guru tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan, seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan menghubunginya sejak minggu lepas untuk "memberi nasihat" kepadanya supaya membuang posting tersebut kerana ia dianggap "anti- kerajaan".

Beliau mendakwa bahawa dalam panggilan terbaru dan SMS yang diterimanya, seorang pegawai khas kepada ketua pengarah pelajaran telah memintanya supaya menutup laman Facebooknya dan mengatakan dia akan "diawasi".

"Dia berkata: 'Kami akan memantau dari semasa ke semasa'.

"Bolehkah anda faham maksudnya? Tak mengapa. Saya akan tunggu dan lihat (apa yang mereka akan lakukan). Tidak mustahil, mungkin saya akan dapat surat pertukaran minggu depan," katanya ketika dihubungi.

"Terdapat guru-guru yang terlibat dalam skandal seks, guru yang tak hadir ke kelas, sekolah yang tidak mempunyai kemudahan dan mereka mahu menghabiskan masa memantau Facebook."

Guru, yang telah berkhidmat selama 16 tahun itu, berkata beliau diberitahu bahawa terdapat aduan yang dibuat terhadapnya.

Ketika dihubungi, pegawai khas itu mengesahkan bahawa
beliau telah menghubungi guru berkenaan setelah diarahkan oleh Ketua Pengarah Khair Mohamad Yusof (kiri), tetapi enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak boleh komen kerana saya seorang penjawat awam.Anda perlu menghubungi ketua Pengarah," katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi, seorang pegawai pendidikan di jabatan pelajaran negeri yang tidak mahu namanya disiarkan, mengaku telah menghubungi guru berkenaan tetapi menegaskan ia hanya "untuk memberi nasihat sebagai kawan."

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .