» » FIFA 2014 : Belanda Mara, Ranap Peluang Mexico Pada Saat Akhir


USAHA Belanda yang berhempas-pulas menyekat kemaraan Mexico ke suku akhir membuahkan hasil dalam perlawanan yang berlangsung penuh mendebarkan di Stadium Estadio Castelao, Fortaleza, awal pagi Isnin.

Mexico, yang hampir melangkah ke suku akhir dengan berbekalkan satu gol oleh Giovani Dos santos pada minit ke-48 tanpa balas terpaksa akur apabila Belanda berjaya menyamakan kedudukan hanya dua minit sebelum wisel penamat ditiup menerusi rembatan Wesley Sneijder.

Gol Sneijder datang selepas Belanda dihadiahkan sepakan sudut yang dilakukan Klaas-Jan Huntelaar, pemain yang dibawa masuk pada saat akhir menggantikan Robin van Persie.

Sepakan sudut tersebut nyata menyelamatkan Belanda apabila Sneijder melakukan rembatan dari luar kotak penalti membolosi sudut kanan gawang Mexico.

Kedudukan terikat 1-1 pada saat-saat akhir menampakkan kebangkitan Belanda yang berhempas pulas mahu mendapatkan gol kedua dan tiket ke suku akhir, tanpa mahu mengheret perlawanan ke masa tambahan dalam pusingan kalah mati ini.

Mexico terpaksa melupakan terus impian beraksi di suku akhir apabila Belanda dihadiahkan sepakan penalti pada masa tambahan apabila Arjen Robben dijatuhkan kapten Mexico, Marquez dalam kotak penalti.

Gol kemenangan Belanda diperolehi menerusi sepakan penalti oleh Huntelaar yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Mexico, Ochoa.

Namun terdahulu Ochoa telah beberapa kali berjaya menyelamatkan gawang Mexico yang sering diserang Belanda.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .