» » Courtney Love Sudah Berbaik Dengan Dave Grohl


HUBUNGAN penyanyi Courtney Love dengan Dave Grohl dilaporkan tidak berapa baik.

Isteri mendiang Kurt Cobain , penyanyi dari kumpulan Nirvana ini , seringkali mendakwa Dave telah mencuri karya suaminya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Courtney dikatakan cuba mencari jalan pendamaian antara mereka.

Dia telah memberi kenyataan bahawa ingin menamatkan persengketaan dengan lelaki itu.

"Sudah sampai masanya saya menebus kesalahan dan dosa yang pernah saya buat kepadanya," ujar Courtney.

Beberapa bulan lalu, kedua-dua mereka dilihat mesra di majlis Rock and Roll Hall of Fame pada April lalu.

Kedua-duanya nampak seperti selesa sambil berbual dengan santai.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .