Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang selepas pihaknya menerima maklumat dari orang awam.
"Anggota polis yang melakukan penugasan am bergegas ke lokasi kejadian kerana bimbang wanita itu akan dilanggar kenderaan sebelum membawanya ke Balai Polis Tun H.S Lee.
"Dia kemudiannya dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi.
Katanya wanita itu dikenali sebagai Anita Shiar, 27 warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya malah maklumat juga diberikan secara lisan.
Difahamkan gambar wanita itu menjadi viral di laman sosial lewat petang tadi sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai.
No comments: