Belanda, Louis van Gaal disebut-sebut akan menandatangani kontrak sebagai pengurus baharu Manchester United dan beliau kini sedang membuat senarai untuk membawa pemainnya ke Old Trafford.
Difahamkan seorang pemain sayap Bayern Munich bagi Bundesliga Jerman menjadi sasaran nombor satu van Gaal seandainya jurulatih itu akan menguruskan Manchester United.
Menurut The Sun pada Ahad, Louis van Gaal bersedia untuk menandatangani kontrak baharunya di Manchester United, mendahului pemain sayapnya, Arjen Robben yang ketika ini bermain di bawahnya untuk pasukan Belanda, yang kini berada teratas dalam senarai itu.
Menurut akhbar berkenaan, "Van Gaal merancang untuk menggoncang United dengan perpindahan pemain sayap Belanda ke dalam Manchester United dengan nilai £25 juta (RM137.78 juta).
Pasukan Bayern Munich di Belanda disebut-sebut untuk menjual Robben berikutan 'bencana' dalam separuh akhir Liga Juara-Juara yang tewas di tangan Real Madrid.
Walaupun Robben hanya menandatangani kontrok pada 2017 bernilai £125,000 (RM688,899) seminggu, akhbar itu berkata, beliau boleh memperoleh £200,000 (RM1.102 juta) seminggu di Manchester United.
Robben hampir untuk menjadi pemain Manchester United pada 2004 apabila beliau pergi melawat Carrington tetapi akhirnya menyertai Chelsea.
Jika beliau menyertai pasukan itu pada musim panas ini, ia akan menjadi sebagai salah satu pemain yang
paling berpengaruh di dunia dan menandatangani perjanjian itu akan menjadi kenyataan besar daripada kelab dan pengurus baharu mereka.
Cakap-cakap begitu skeptikal mengenai dakwaan Bayern untuk menjual pemainnya itu.
Ini kerana Robben menunjukkan kecemerlangan pada musim ini dan kekal sebagai salah seornag pemain hadapan yang paling berkesan di dunia.
Robben berusia 30 tahun, yang mana boleh menjadi faktor bagi pemikiran kedua-dua Manchester United dan Bayern untuk membuat rundingan sebelum membuat keputusan mengenainya.
Sumber M-S
No comments: