Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan itu berkata, desakannya selama ini yang mahu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Bumiputera tidak akan sekali-kali memberi impak kepada orang Melayu.
“Umno menuduh saya mahu memansuhkan UiTM. Sebab itulah rakyat Malaysia merasakan Umno sudah kehilangan arah tuju.
“Umno seharusnya memajukan negara tetapi mereka menutup telinga dan hanya mahu membaca apa yang dimahukan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan Razali mencabar Dyana untuk menegur tindakan pemimpin DAP yang sering mempersoal hak istimewa orang Melayu yang dipersetujui dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, jika Dyana sanggup mempersoalkan dasar UiTM yang mengutamakan pengambilan pelajar Melayu, mengapa tidak diminta Universiti Tunku Abdul Rahman yang dimonopoli satu kaum bukan Melayu juga ditutup.
Dyana berkata, UiTM sebagai sebuah universiti awam tidak seharusnya hanya disandarkan kepada ihsan sesebuah parti politik tertentu seperti Umno kerana universiti Bimiputera itu adalah milik rakyat.
Katanya, dengan Umno yang seakan-akan mengambil alih UiTM, pemimpin parti Melayu itu melabelkannya sebagai pengkhianat kerana menjadi calon DAP.
“Sejak bila UiTM menjadikan kami ahli Umno? Ia sangat ironi apabila Umno mendakwa pelajar UiTM perlu menyokong Umno.
“Mahasiswa bebas melontarkan pandangan berdasarkan impian dan cita-cita mereka. Tiada parti parti politik yang berhak menentukan aspirasi belia di Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu, Dyana menggesa alumni dan mahasiswa dalam universiti awam membebaskan diri daripada dibelengu oleh agenda Umno dan Barisan Nasional.(BN).
No comments: