» » UCSI : 'Dyana Sofya dijangka menang majoriti 3,000 undi'


Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud boleh memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan dengan majoriti 3,000 undi Sabtu ini jika jumlah pengundi yang keluar mengundinya sebanyak 70%, kata tinjauan pendapat yang dibuat oleh sebuah universiti swasta.

Tinjauan pendapat Pusat Penyelidikan Univeriti UCSI mendapati, muka baru politik Malaysia ini berjaya mendapat sokongan tambahan antara 5 - 6% di kalangan pengundi Melayu.

Keputusan itu diperolehi hasil tinjauan yang dibuat di kalangan 400 individu Melayu pada 24 dan 26 Mei lalu.

Bagaimanapun, tinjauan pendapati itu tidak dibuat di kalangan pengundi Cina kerana tidak ada sebarang perubahan bentuk sokongan di kalangan masyarakat yang paling ramai di Teluk Intan itu.

Pada pilihan raya umum 2013, 75% pengundi Cina cenderung mengundi Pakatan Rakyat.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .