» » Torres dan De Gea Dalam Skuad Piala Dunia Sepanyol


PENYERANG Chelsea, Fernando Torres dan pemain tengah Manchester United, Juan Pablo Mata adalah dua nama yang tidak disangka-sangka tersenarai dalam skuad Piala Dunia Sepanyol sebagaimana yang diumumkan oleh jurulatih Sepanyol , Vicente del Bosque pada Selasa.

Seorang lagi pemain Manchester United iaitu penjaga gol David de Gea turut terpilih.

Namun yang paling mengejutkan ialah keputusan del Bosque untuk menggugurkan pasangan Real Madrid, Álvaro Arbeloa dan Isco dari skuadnya.

Arbeloa adalah sebahagian daripada anggota pasukan yang memenangi Piala Eropah dan Piala Dunia dan pemain regular Sepanyol sejak enam tahun yang lalu.

Seorang lagi pemain ternama yang tidak disenaraikan ialah penyerang Tottenham Hotspur, Roberto Soldado.

Sebaliknya Torres, yang merupakan penjaring gol dalam perlawanan akhir Euro 2008 dan Euro 2012 dan tidak begitu menyerlah sepanjang musim ini tetap menjadi pilihan.

Selain Torres, Del Bosque turut menamakan lapan pemain lagi dari Liga Perdana Inggeris termasuklah penjaga gol Pepe Reina, yang kini bermain secara pinjaman dengan Napoli.

Penyandang juara itu juga diwakili oleh tujuh pemain dari Barcelona dan empat dari Real serta Atlético Madrid.

Penjaga Gol: Iker Casillas, David de Gea, Pepe Reina.

Pertahanan: Sergio Ramos, Gerard Piqué, Raúl Albiol, Juanfran, Jordi Alba, César Azpilicueta, Daniel Carvajal, Alberto Moreno.

Tengah: Xavi, Javi Martínez, Xabi Alonso, Andrés Iniesta, Koke, Sergio Busquets, Santi Cazorla, Ander Iturraspe, Cesc Fábregas, Thiago Alcântara, Juan Mata, David Silva, Pedro, Jesús Navas.

Penyerang: Diego Costa, David Villa, Fernando Torres, Álvaro Negredo, Fernando Llorente.

Sumber M-S

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .