» » 'Tolak Banyak Tawaran Kerana Takut Naik Kapal Terbang'


Penyanyi Akim Ahmad mengakui fobia untuk menaiki kapal terbang selepas kali terakhir menggunakan khidmat penerbangan ke Capetown, Afrika bagi menjalani penggambaran program Fear Factor sejak dua tahun lalu.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 23, berkata, penerbangan selama 17 jam ke negara itu terlalu lama sehingga menyebabkan dia sentiasa berfikiran negatif sepanjang perjalanan tersebut.

"Sejak perjalanan ke Capetown dua tahun lalu saya tidak pernah lagi menaiki kapal terbang, memang tiada apa-apa kejadian buruk tetapi perasaan saya sahaja yang terlalu takut.

"Selama 17 jam atas kapal itu buat saya fikir yang bukan-bukan kerana ketika berada di atas kita tidak nampak tanah dan pergerakkan juga terhad jika berlaku kecemasan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Akim, disebabkan perkara tersebut juga dia terpaksa menolak banyak tawaran yang memerlukannya menaiki kapal terbang.

Dia juga tidak dapat menjayakan program realiti bola sepak Mencari Ramli yang menjalani penggambaran di Manchester United bulan lalu.

"Banyak juga tawaran yang saya terpaksa tolak terutamanya di Sabah dan Sarawak, manakala di Semenanjung saya akan pergi menaiki kereta walaupun agak jauh.

"Terbaru program Mencari Ramli yang menjalani penggambaran di Manchester United juga digantikan dengan pengacara lain, memang rasa rugi pada mata kasar, tetapi sebenarnya saya beri rezeki saya itu kepada orang lain," ujarnya.

Sementara itu, Akim berkata, dia sudah bertemu pakar kauseling bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah tersebut.

Jelasnya, pihak pengurusan turut memahami situasi itu dan membantunya memulihkan keadaan itu secara perlahan-lahan.

"Saya dah pergi hospital dan mendapatkan khidmat kauseling tentang trauma ini, mereka suruh saya lakukan meditasi dan cari sesuatu yang boleh menguatkan semangat saya.

"Pihak pengurusan pula mnecadangkan supaya saya cuba menaiki kapa terbang semula dengan perjalanan yang dekat dahulu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Akim dan Stacy yang baharu sahaja memenangi Duo/Kumpulan Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) pada Sabtu lalu, merancang untuk berkolaborasi sekali lagi dengan kekasihnya itu.

Katanya, kemenangan tersebut meyakinkan bahawa peminat-peminatnya masih mahu melihat dia dan Stacy dalam menyampaikan lagu-lagu mereka.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .