Sharnaaz menerusi akaun Instagram miliknya pada Khamis berkata, para peserta yang terlibat perlu majukan diri dengan menerima pendapat orang ramai terutamanya apabila persembahan mereka dikritik juri mahupun penonton.
"Sila majukan diri anda dengan menerima pendapat orang lain. Kalau tak boleh terima teguran, industri bukan tempat anda.
"Saya sokong niat dan usaha anda semua, tetapi maaf, rancangan awak menghampakan. Kalau rasa teguran ini keras, buktikan pada industri bahawa Astro tak ambil awak semua untuk membuang masa awak dan juga air time Astro," tegasnya dalam statusnya itu.
Sharnaaz pada Khamis telah memuat naik foto poster The Band dengan meletakkan status rasa tidak puas hatinya terhadap barisan peserta rancangan itu yang tidak serius dengan tugasan yang diberikan selain tidak menerima kritikan juri sebagai pengajaran
Dalam pada itu, menerusi status Instagram Sharnaaz lagi, pelakon itu turut berkata, para peserta perlu bersedia bukan sahaja menerima kritikan negatif biasa tetapi juga hinaan atau kutukan teruk daripada orang sekeliling untuk dijadikan sebagai pembakar semangat.
"Peserta sila pandang kritikan, kutukan, hinaan sebagai satu pembakat semangat.
"Kalau nak sentap, sila angkat kaki lambung... Saya pernah dipanggil anjing kurap, kurang ajar, tetapi saya hadap dan hadam. Jujur dengan seni, seni tidak akan berpaling pada kesetiaan anda," ujarnya.
Seramai 32 peserta terlibat dengan program The band di mana masing-masing 16 lelaki dan 16 wanita membuat persembahan secara berkumpulan dan ahli-ahli kumpulan akan bertukar ganti setiap minggu.
Para peserta dinilai menerusi undian penonton sebanyak 30 peratus manakala 70 peratus adalah daripada pihak juri iaitu, Datuk Aznil Nawawi, Syafinaz Selamat dan Yusri Abdul Halim.
Program itu bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) dan Mustika HD (Saluran 134) bermula 7 April setiap Sabtu pukul 10 malam.
sumber
Nota: Untuk mengetahui terperinci apa yang dikutuk oleh Sharnaaz , anda boleh klik link dibawah :
Sharnaaz Maki The Band
No comments: