Untuk itu, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 32, tidak suka membazir ataupun berbelanja barangan mewah sebagaimana dianggap oleh sesetengah pihak.
"Ramai yang ingat saya mewah dalam bebelanja termasuklah hanya membeli barangan berjenama dan eksklusif tetapi sebaliknya saya bukan jenis orang sebegitu.
“Saya hanya akan membeli sesuatu barang jika ia benar-benar perlu sahaja. Bukan apa, saya antara pelakon yang dibayar rendah,” katanya kepada mStar Online.
Remy berkata demikian ketika menjawab pertanyaan apabila dianggap sebagai salah seorang artis yang menerima bayaran mahal dan mengamalkan gaya hidup mewah.
Remy juga sebelum ini pernah dilaporkan sering kali menolak tawaran berlakon bagi menghabiskan masa bercuti ke luar negara.
Dalam pada itu Remy berkata, langkahnya bercuti ke luar negara pula bukan bermakna dia terlalu mewah dengan wang ringgit sebaliknya keputusan itu dibuat selepas memikirkannya beberapa kali.
Selalunya selepas habis sebuah filem atau drama memang saya ambil cuti panjang untuk berehat tetapi tidak bermakna saya terlalu banyak duit sampaikan tidak ambil tawaran,” katanya.
Sementara itu, Remy turut berkongsi rasa bimbang dengan perkembangan filem tempatan yang kurang mendapat sambutan penonton sejak kebelakangan ini.
Katanya, perkara tersebut turut membuatkan dia cuba mencari alternatif lain sebagai sumber rezeki terutama dalam menceburi bidang perniagaan.
"Saya sangat risau filem kita yang sudah semakin tidak mendapat sambutan. Saya takut jadi seperti Indonesia yang mana mereka hanya tumpukan kepada senetron sahaja.
"Saya ada juga rancang untuk mencuba bidang perniagaan, namun masih dalam perancangan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Remy yang turut berlakon dalam filem CEO bersama Beto Khusairi dan Cristina Suzanne mengakui filem tersebut mencabarnya untuk membawakan watak bersahaja dan santai.
Ia merupakan filem komedi kedua tahun ini selepas Sejoli lakonan bersama Maya Karin dan Bront Palare.
"Filem ini sama seperti Sejoli yang mahukan watak saya santai dan bersahaja, memang nampak macam mudah tetapi bagi saya watak aksi atau serius lebih senang kerana kita hanya perlu ikut sahaja skrip," katanya.
Filem CEO bakal ditayangkan pada 12 Jun depan diseluruh pawagam tanah air.
sumber
No comments: