Artis jelita tinggi lampai ini telah menempah nama dalam dunia lakonan menerusi siri Cinta Medik, Sutera Maya, Sangga Saadah dan banyak lagi.
Dengan wajah cantik dan tubuh tinggi lampai yang dimiliki, jelas bekas pramugari MAS ini mempunyai pakej lengkap untuk bertahan dalam industri hiburan tanah air, apatah lagi bakat lakonannya tidak boleh disangkal apabila berjaya merangkul Pelakon Harapan Wanita Popular Anugerah Shine Pantene dalam Anugerah Skrin 2007.
Boleh dikatakan sesetengah artis wanita lain yang seangkatan dengan Fouziah sering dipalit kontroversi, apatah lagi kontroversi sememangnya sinonim dengan selebriti popular berwajah jelita.
Bagaimanapun, agak jarang kedengaran kontroversi atau cerita negatif yang dikaitkan dengan teraju drama Trilogi Cinta ini.
Ini kerana Fouziah sendiri bijak mengawalnya dengan menjadi diri sendiri serta mengawal pergaulan dengan lelaki.
Akui Fouziah, jika artis lain risau kehidupan sosial mereka akan terbejat dan diperhatikan masyarakat setelah bergelar selebriti, dia langsung tidak tertekan dengan situasi tersebut.
“Saya senang dan selesa berada dalam industri hiburan.
Caranya mudah, cuma perlu ikhlas dan jadi diri sendiri, mesti takkan tertekan duduk dalam industri.
Saya memang seorang yang sangat rapat dengan keluarga.
Saya jaga pergaulan dan elakkan untuk berdua-duaan dengan lelaki jika tiada sebab.
Masa zaman sekolah lagilah saya tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki.
Saya percaya dengan menjalani kehidupan sosial yang sihat, kita akan lebih mudah terhindar dari kontroversi.
Tapi kalau ada kontroversi yang melibatkan diri, saya anggap itu teguran untuk memperbaiki diri saya ke arah yang lebih baik,” ujarnya.
Sumber 1-M-N
No comments: