» » Penganalisis setuju DAP akan takluk Teluk Intan sekali lagi


Kempen untuk pilihan raya kecil Teluk Intan berakhir malam tadi, dan ketika pengundi mula mengundi pagi ini, para penganalisa politik menjangka DAP dan muka baharu Dyana Sofya Mohd Daud nampaknya akan menang.

Persaingan memenangi kerusi bandar ini sangat sengit dan penuh dengan dakwaan kempen kotor di kedua-dua pihak yang bertanding termasuk penghinaan kaum dan kenyataan seksis.

Tetapi bagaimana dan mengapa kemenangan parti itu adalah faktor yang lebih penting, dan boleh menentukan masa depan politik Malaysia, kata penganalisis kepada The Malaysian Insider.

Profesor James Chin dari Universiti Monash berkata, sementara DAP akan "pasti" menang, apa yang penting sekrang adalah adakah tindakan meletak calon profesional muda berbangsa Melayu menyebabkan mereka memberi kesan besar di kalangan pengundi Melayu.

"Perkara yang paling penting ialah bentuk pengundian orang Melayu. Jika ia menunjukkan majoriti undi pergi kepada Dyana, ia bermakna DAP boleh menjenamakan semula dirinya sebagai parti yang inklusif.

"Pada masa ini , mereka mempunyai imej parti Cina, dan mereka perlu mendekati orang Melayu jika mahu mendapat sokongan politik yang lebih besar," kata Chin.

Beliau berkata, jika DAP berjaya menguasai undi Melayu di Teluk Intan, ini bermakna parti itu akhirnya berjaya memecahkan acuan untuk menjadi ancaman kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Tetapi Ibrahim Suffian, ketua pusat kajian Merdeka Centre, berkata undi Melayu masih menjadi cabaran bagi DAP.

“DAP perlu bekerja lebih keras untuk mendapat sokongan pengundi Melayu kerana sebagian besar mereka disokong calon PAS di peringkat DUN, tetapi memilih calon BN pada 2013," katanya.

Katanya, ia masih menjadi satu cabaran yang besar bagi Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong untuk memenangi pilihan raya kecil itu kerana walaupun Gerakan disukai di kalangan pengundi tetapi BN tidak.

Penganalisis politik, Khoo Kay Peng bersetuju dengannya dan berkata kempen Umno dua minggu lalu menyebabkan ahli akar umbi Gerakan tidak berpuas hati.

Sehubungan itu, katanya, apa yang bahaya bagi BN ialah, jika BN kalah ia menyebakan komponen BN akan pecah, meninggalkan Umno semata-mata untuk memikul 'dacing' pada pilihan raya umum akan datang.

"Di Teluk Intan, keberanian kempen Umno menjadikan Gerakan lebih teruk. Akar umbi Gerakan juga merungut.

"Semua parti komponen lain memenangi kerusi yang sangat sedikit dalam pilihan raya tahun lalu dan mereka akan menang semakin sedikit jika mereka tetap dengan BN dalam pilihan raya akan datang," kata Khoo.

Katanya, selepas kalah dalam pilihan raya kecil Kajang dan Bukit Gelugor, kehilangan satu lagi kerusi untuk BN akan menyebabkan mereka lebih teruk pada pilihan raya umum akan datang.

"Mungkin ada penurunan lagi, jika mereka membenarkan kekecewaan mereka untuk menjadi punca permusuhan. Saya tidak melihat perubahan nasib BN dan mereka sudah mempunyai banyak kerusi yang goyah.

"Pada pilihan raya umum akan datang, mereka mungkin kehilangan Terengganu, mereka mungkin kehilangan Perak. Lebih banyak kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak, di mana BN hilang beberapa kerusi utama pada tahun lalu," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kesan yang paling besar akan berlaku kepada Gerakan, kerana seluruh kepimpinannya akan menjadi tidak stabil jika presiden mereka gagal memenangi kerusi itu.

"Teluk Intan sepatutnya menjadi tempat duduk yang terbaik untuk beliau menang. Beliau berkhidmat sebagai ahli Parlimen di sana selama dua penggal, beliau adalah orang tempatan. Jadi, jika dia tidak menang ini, maka bagaimana dengan calon yang lain daripada Gerakan,” katanya.

Mah memenangi kerusi Teluk Intan dua kali iaitu pada pilihan raya umum 1999 dan 2004, tetapi kalah kepada calon DAP, M Manogaran dan Seah Leong Peng pada 2008 dan 2013.

DAP meletak Dyana, yang masih baru dalam politik, dalam usaha mengubah imej Cina, selepas ia memenangi hanya 25% daripada 23, 391 undi Melayu pada pilihan raya tahun lalu.

Kerusi ini mempunyai 23, 301 pengundi Melayu (38.6%), 25,310 pengundi Cina (41.9 %) dan 11,468 pengundi India (19%).

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .