» » Najib : M'sia komited nilai hak asasi manusia


Kerajaan dan rakyat Malaysia amat komited terhadap prinsip dan nilai hak asasi manusia sekalipun negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun Malaysia adalah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, namun rakyatnya tetap menghormati kepercayaan orang lain dan komitmen mereka adalah konsisten dengan Perlembagaan dan nilai-nilai negara.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita mendukung hak asasi manusia dan juga mempercayai falsafah, konsep serta amalan-amalan yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat," katanya dalam blog beliau www.1malaysia.com.my semalam.

Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) merupakan deklarasi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948 di Palais de Chaillot, Paris.

Deklarasi itu adalah susulan pengalaman semasa Perang Dunia Kedua dan mewakili pengungkapan hak global pertama yang berhak dinikmati semua manusia.

Sumber M-K

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .