» » Nad Zainal Akui Sudah Putus Cinta


Pelakon genit Nad Zainal mengakui bahawa dia sudah putus cinta dengan teman lelakinya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Azwan Kombos.

Pendedahan itu dibuat menerusi program Melodi semalam di mana dia turut enggan memberi sebarang komen lanjut mengenai gosip yang mendakwa Azwan masih lagi menganggunya di lokasi penggambaran.

“Saya tak boleh komen hal itu.

Bagi saya perkara itu terlalu personal. 

Saya harap ianya tidak diperbesarkan. 

Cuma lebih jelas lepas ini saya tidak mahu dikaitkan antara satu sama lain,” katanya yang enggan mendedahkan punca mereka putus cinta.

Pelakon berusia 24 tahun yang sering kali dilabel dengan gelaran Mila Kunis Malaysia itu menafikan mereka putus cinta disebabkan kehadiran insan ketiga dalam hubungan pasangan terbabit.

Sumber 1-M-N

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .