» » Muhyiddin Yassin cuba semarakkan api keganasan


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin harus bertanggungjawab sepenuhnya jika protes ganas oleh anggota Pemuda Umno minggu lalu merebak, kata BERSIH.

Dalam kenyataan keras pengerusinya Maria Chin Abdullah, gabungan itu mendakwa, Muhyiddin telah menyemarakkan api dalam isu itu.

“Kenyataannya bahawa samseng itu hanya mempertahankan maruah parti, ditambah pula dengan sikap acuh tak acuh oleh
polis, menimbulkan persoalan jika sengaja dibuat untuk menjejaskan kestabilan negara dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri,” kata BERSIH.

Akibat tidak puas hati dengan ungkapan celaka oleh wakil rakyat DAP RSN Rayer pada pemimpin Umno, ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur dan pejabatnya di Kuantan menjadi mangsa perhimpunan ganas.

Di Kuala Lumpur, ancaman membakar ibu pejabat itu dibuat dan papan tandanya dirobohkan manakala di Kuantan pula kelihatan beberapa individu menerajang pintu pejabat kerana tidak puas hati.

MCA dan BN mengutuk tindakan itu. Muhyiddin bagaimanapun sebelum ini berkata, ia hanya “reaksi semula jadi apabila dicabar”.

Beliau bagaimanapun berkata, peraturan perlu dihormati dan tidak harus dilanggar.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .