» » Mufti saran letak pegawai agama tangani jenayah sihir di mahkamah


Mufti Kelantan Datuk Mohammad Shukri Mohammad menyarankan Putrajaya meletakkan pegawai agama berkemahiran menangani jenayah sihir‎ di mahkamah sebagai usaha membanteras kegiatan jenayah berkenaan yang semakin berleluasa, lapor Mingguan Malaysia hari ini.

Katanya, pendekatan tersebut membolehkan kesalahan mengenai jenayah sihir dapat dibuktikan secara lebih berkesan.

"Perkara sama perlu dilakukan dengan menempatkan pegawai yang tahu selok belok ilmu hitam di agensi pihak berkuasa atau mahkamah bagi memantau perkara terbabit," katanya, memetik laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Mufti itu turut memberi contoh pendekatan tersebut sudah digunakan lama oleh Jabatan Penjara.

"Di penjara terdapat banyak kes melibatkan banduan menggunakan ilmu hitam dan ramai pegawai yang mahir menangani perkara itu di sana," katanya.

Kata Mohammad Syukri lagi, kesukaran pihak berkuasa mendapatkan bukti kukuh mendakwa mereka yang terlibat menyebabkan masalah jenayah semakin meningkat.

Oleh demikian katanya kerajaan perlu memperkasakan undang-undang berkaitan jenayah itu bagi menangani masalah berkaitan iIlmu sihir daripada terus meningkat.

"Sekarang kita masih tidak nampak pengamal jenayah itu dihukum. Jika sudah ada peruntukan undang-undang mengenai perkara itu maka ia harus diperkasakan," katanya.

Katanya lagi penguatkuasaan itu bukan bertindak sebagai hukuman bagaimanapun ia harus dilihat sebagai tujuan mendidik pesalah supaya kembali kepada ajaran Islam.

Akhbar itu turut melaporkan kenyataan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Undang-Undang Sihir Dr Mahyuddin Ismail yang berkata semalam, sewajarnya mangsa yang terkena sihir dibela dan ia termasuk kes penceraian kerana sihir, tertipu angkara pukau, sakit dan perniagaan musnah

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .