Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) berkata kelemahan dan tidak mampu bersikap terbuka Malaysia semasa menangani krisis MH370 menyebabkan negara ini mendapat kritikan serta kecaman masyarakat dunia.
"Pengulangan kenyataan Hishammuddin sehingga semalam menyatakan kita tidak sembunyikan sebarang perkara membuktikan beliau menyedari gagal menjaga kredibiliti kerana kurangnya keterbukaan dan ketelusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya beliau terkejut dengan reaksi Agensi Pusat Penyelarasan Bersama Australia (JACC) Angus Houstan mengenai laporan siasatan tragedi tersebut.
"Saya tidak percaya apabila membaca berita daripada media, semasa ditanya mengenai laporan yang disediakan kerajaan Malaysia kepada umum pada 1 Mac lalu, berapakah penekanan diberikan untuk membetulkan kesilapan.
"Houstan seolah-olah mengulangi kenyataan Hishammuddin dengan menyatakan usaha sekarang lebih baik ditumpukan kepada misi pencarian.
Katanya tindakan Houstan itu dilihat sangat tidak profesional seperti tiada sesiapa mencadangkan operasi mencari pesawat yang masuk 9 minggu dihentikan.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata ketidakmampuan mengesan sebarang serpihan atau petunjuk lokasi pesawat bukan alasan pihak berkuasa mengelak soalan mengenai kesilapan dilakukan ketika beberapa jam pertama kehilangan MH370 disedari.
"Jika tidak, misi pencarian kehilangan pesawat paling lama yang akan memakan masa bertahun turut menjadi isu paling lama penutupan kesalahan manusia dan teknologi menyebabkan bencana MH370," katanya.
Beliau berkata lagi sekiranya Hishammuddin dan Houstan tetap bertegas kesilapan tidak patut dibangkitkan, maka dakwaan Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul
Rahmah menyalahkan kawalan udara Vietnam kerana tidak mengikut protokol juga tidak perlu.
Azharuddin berkata pada 8 Mac, 1.19 pagi, pusat kawalan udara Kuala Lumpur mengarahkan pesawat MH370 menukar frekuasi mereka setelah memasuki Ho Chi Minh tetapi hanya dimaklumkan pada 1.38 pagi apabila tiada panggilan daripada jet itu.
Azharuddin berkata ia terpulang kepada badan siasatan antarabangsa untuk menyoal siasat Ho Chi Minh yang mengambil masa 17 minit memaklumkan KL walhal berdasarkan protokol ia patut dilakukan dalam tempoh lima minit.
"Bukan hanya kerana hak Azharuddin namun lebih kepada tanggungjawab membangkitkan soalan kepada kawalan udara Ho Chi Minh kerana melanggar protokol." katanya.
Katanya apabila pelancaran kecemasan yang dilancarkan bagi misi mencari selepas tempoh empat jam setelah Ho Chi Minh memaklumkan mengenai MH370 pada 1.38 pagi.
"Mengapa ada tiga jam jarak masa dalam pelancaran misi mencari iaitu pada jam 5.30 pagi dan penelitian daripada radar tentera jam 8.30 pagi," katanya.
Sumber T-M-I
No comments: