» » MCA Tolak Hudud, Bukan Tolak Islam


MCA menegaskan parti itu hanya menolak hukum Hudud yang dicadangkan oleh PAS dan bukannya bermaksud menolak agama Islam.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu tidak mahu melihat wujudnya dua sistem perundangan yang berlainan dalam satu negara.

"Pendirian MCA untuk menolak Hudud bukanlah menolak agama Islam, kami akan mempertahankan keharmonian antara kaum-kaum sedia ada.

"Kami akan menegakkan semangat kesederhanaan dan sekular dalam pentadbiran negara yang mana kaum bukan Islam mempunyai kebebasan dalam kepercayaan," katanya ketika berucap semasa pelancaran Program 'Teguh Bersama' MCA di sini, Sabtu.

Sementara itu, Liow ketika ditemui pemberita selepas pelancaran itu berkata MCA mempunyai ramai pakar perundangan bagi mempertahankan pendirian parti untuk menolak hukum Hudud.

"Kami mempunyai pakar perundangan khususnya yang boleh membincangkan tentang hukum Hudud dan akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan sistem perundangan negara yang sedia ada serta menghalang hukum itu dilaksanakan di negara ini," katanya.

Laporan sebelum ini menyebut PAS Kelantan melalui anggota Parlimennya merancang untuk membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini.

Sumber M-S

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .