» » La Liga :Harapan Real Madrid Lebur


DUA kesilapan dan kecuaian oleh Sergio Ramos and Xabi Alonso sudah memadai untuk menghancurkan harapan Real Madrid merampas kejuaraan liga apabila mereka tewas 0-2 di tangan Celta Vigo.

Dengan kekalahan ini, penentuan terakhir juara La Liga berada di tangan Atletico Madrid dan Barcelona.

Real bertandang ke gelanggang lawan tanpa kelibat bintang-bintang mereka seperti Cristiano Ronaldo, Angel Di Maria, Pepe, Raphael Varane, Gareth Bale dan Karim Benzema kerana kecederaan.

Mereka telah pun seri dalam dua perlawanan liga berturut-turut sebelum perlawanan ini iaitu menentang Valencia dan Valladolid dan sebarang kesilapan sudah pastinya membawa padah.

Hakikatnya itulah yang berlaku.

Walaupun Sami Khedira diturunkan bermain buat pertama kalinya dalam temph enam bulan kerana kecederaan lutut yang serius yang dialaminya tetapi itu tidak memadai untuk menyelamatkan Real.

Kurangnya sumbangan kreatif dari bahagian tengah padang menjadi punca mengapa Real gagal menyumbatkan gol.

Sebaliknya penyerang Celta Vigo, Charles, menggunakan sepenuhnya kesilapan yang dibuat oleh Real untuk menghukum mereka dengan dua sumbangan gol.

Pengurus Real Carlo Ancelotti kini perlu menunggu 24 Mei untuk mengubah nasib malang yang menimpa Real sejak akhir-akhir ini dengan memenangi Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid yang sudah pastinya menjadi juara La Liga jika mereka dapat mengelak kekalahan minggu depan.

Sumber M-S

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .