» » Kamelia Syermain Tidak Tiru Yuna


Penyanyi baharu Kamelia Syermain berharap tiada pihak yang cuba menyamakan imej pemakaiannya dengan penyanyi Yuna, memandangkan kedua-dua mereka mempunyai gaya penampilan yang hampir sama.

Kamelia atau nama sebenarnya Kamelia Kamil, 21, berkata, penampilan yang dibawakannya lebih kasual sesuai dengan muzik RnB Pop yang ditampilkan menerusi single lagu pertama, Khabar Aku.

"Rasanya imej saya dan Yuna jauh berbeza tetapi dia merupakan salah seorang daripada idola saya dalam industri muzik tempatan.

"Tetapi kami memiliki karakter serta pendekatan muzik yang berbeza. Diharap tiada pihak yang menyamakan saya dan dia (Yuna)," katanya .


Sementara itu, Kamelia yang merupakan artis naungan Seventeen Eleven Music berkata, dia berasa teruja mahu melihat respons daripada peminat muzik tempatan mengenai Khabar Aku, lagu taruhan pertamanya itu.

Khabar Aku merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Alyph (Sleeq) dan Kamelia yakin muzik yang ditampilkan itu akan memberi kesan yang tersendiri buat sesiapa pun yang mendengar.

"Seronok rasanya apabila dapat berkerjasama dengan kumpulan Sleeq dalam pembikinan single Khabar Akudan berharap ia akan diterima ramai.

"Pada asalnya lagu itu bertajuk Apa Khabar namun terpaksa ditukar kepada Khabar Akupada saat akhir kerana ia mempunyai persamaan dengan lagu daripada Joe Flizzow & Sonaone.

"Takut orang keliru pula apabila mempunyai dua tajuk lagu yang sama," katanya.

Sumber M-S

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .