» » ISMA: Orang Cina sebenarnya 'penceroboh'


NGO konservatif Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggelarkan masyarakat Cina Malaysia sebagai “penceroboh” dan “membuli orang Melayu” selepas masuk ke negara ini bersama British.

Presiden pertubuhan itu, Abdullah Zaik Abdul Rahman menggelarkan demikian dalam kenyataan balasnya ke atas golongan yang mempersoalkan pendiriannya berhubung hak orang bukan Islam untuk membincangkan hudud.

“Orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh.

“Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?

“Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melayu,” katanya dalam kenyataan yang dilaporkan laman web NGO tersebut semalam.

Dalam kenyataanya sebelum ini, Abdullah Zaik menyifatkan golongan bukan Islam yang menentang hudud sebagai kelompok yang "tidak sedar diri dan tidak wajar campur tangan dalam urusan umat Islam."

Beliau juga menafikan dakwaan penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa Isma menyebarkan racun perkauan.

“Kenyataan itu tidak berasas sama sekali,” katanya yang menyalahkan Lim dengan dakwaan pemimpin parti itu sendiri memecah belahkan rakyat.

“Hal ini jelas sekali apabila dia telah membawa konsep Malaysian Malaysia yang bertentangan dengan perlembagaan.

“Dia sendiri yang membuatkan orang Cina rasa tidak berpuas hati sehingga bangkit untuk menuntut dan mendesak lebih daripada apa yang mereka perolehi selama ini.

“Walhal, hak-hak keistimewaan orang Melayu misalnya telah pun termaktub dalam perlembagaan sejak sekian lama,” katanya lagi dalam laporan itu.

Sumber M-K

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .