» » Hodgson Yakin England Cemerlang Pada Piala Dunia


PENGURUS England, Roy Hodgson amat yakin dengan senarai pemain yang dipilihnya untuk perlawanan Piala Dunia 2014.

Dengan majoriti pasukan itu diisi pemain muda, beliau optimis England merangkul juara.

Pada Isnin, Hodgson mengumumkan senarai pemain yang akan tampil beraksi pada Piala Dunia 2014.

Daripada 23 nama yang disenaraikan dalam skuad itu, lapan pemain masih berusia di bawah 24 tahun.

Hugson bagaimanapun tidak menyesal menyenaraikan ramai pemain muda dalam pasukannya untuk temasya sukan dunia itu. 

Ini katanya, ia sama sekali tidak meragukan keupayaan prestasi mereka di padang.

"Saya percaya skuad ini dapat memenangi Piala Dunia," kata Hodgson dipetik sebagai berkata dalam akhbar Daily Mail.

"Saya berpuas hati dengan skuad ini. 

Saya senang mempunyai pemain-pemain muda yang mempunyai masa depan.

Masa depan mereka seharusnya ditonjolkan.

"Saya memilih mereka kerana saya percaya mereka mudah untuk beraksi dalam pasukan dan bermain dengan baik, sama seperti saya melihat mereka menunjukkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan Liga Perdana Inggeris," tambahnya lagi.

Berikut ialah senarai pemain tersebut .

Penjaga Gol
Joe Hart (Manchester City)
Fraser Forster (Celtic)
Ben Foster (West Brom)

Pertahanan
Glen Johnson (Liverpool)
Phil Jones (Manchester United)
Gary Cahill (Chelsea)
Phil Jagielka (Everton)
Chris Smalling (Manchester United)
Leighton Baines (Everton)
Luke Shaw (Southampton)

Midfield
Steven Gerrard (Liverpool)
Jack Wilshere (Arsenal)
Jordan Henderson (Liverpool)
Frank Lampard (Chelsea)
James Milner (Manchester City)
Ross Barkley (Everton)
Adam Lallana (Southampton)
Raheem Sterling (Liverpool)
Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal)

Penyerang
Wayne Rooney (Manchester United)
Daniel Sturridge (Liverpool)
Danny Welbeck (Manchester United)
Rickie Lambert (Southampton)

Sumber M-S

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .