Van Gaal telah diberi satu hari cuti untuk membolehkannya meninggalkan kem latihan pusat skuad Piala Dunia Belanda dekat Amsterdam dan bertemu dengan Giggs di satu tempat yang dirahsiakan di Eropah.
Ketua Pegawai Eksekutif United, Ed Woodward akan turut hadir.
Van Gaal, 62, secara rasminya akan diumum sebagai pengurus baru United sama ada pada Khamis atau Jumaat ini selepas mereka menyelesaikan soal kakitangan kanannya.
Sebelum itu, pengurusan tertinggi United telah pun memaklumkan kepada Phil Neville dan Chris Woods yang mereka tidak akan menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan van Gaal.
Nicky Butt akan kembali mengendalikan Skuad Bawah-18 Tahun United manakala kedudukan Paul Scholes masih dirundingkan.
Hanya kedudukan Giggs, 40, yang masih belum ditentukan selagi mereka tidak bertemu dan duduk berbincang dengan Van Gaal.
United tidak mahu kehilangan Giggs yang mereka anggap sebagai calon pengurus masa depan memandangkan van Gaal hanya akan menandatangani kontrak jangka pendek dengan United.
Namun Giggs menegaskan yang dia hanya akan mempertimbangkan sebarang tawaran United jika ia adalah untuk jawatan yang penting dan mempunyai pengaruh yang besar dalam skuad utama.
Van Gaal sebelum ini telah memberi indikasi yang gaya pengurusannya ialah sentiasa mengekalkan seorang orang kanan dari kelab yang disertainya sebagai penasihat kerana mereka memahami dan mengenali setiap pemain dan perjalanan serta sejarah kelab berbanding dirinya.
Dalam pada itu, Scholes akan bertemu dengan pegawai-pegawai kanan kelab pada Khamis untuk menentukan masa depannya bersama United.
Sumber M-S
No comments: