Beliau berkata, semua pihak tidak harus memandang remeh kepada penyalahgunaan data peribadi seseorang untuk tujuan komersial kerana mereka bakal berhadapan tindakan undang-undang.
"Setiap orang yang tidak berpuas hati boleh bertindak mengikut akta ini...hal peribadi seseorang yang tidak boleh didedahkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2014 di Lintasan Deasoka, di Kota Kinabalu, hari ini.
Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata, tindakan pelakon Hanez Suraya dan teman lelakinya menyaman Malaysia Airlines (MAS) mengikut akta itu menjadi kes ujian kepada pelaksanaan akta itu bagi mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam.
"Saya percaya ini kes yang menarik dan menjadi 'test case' (kes ujian) kepada APDP 2010 di mana setiap syarikat yang mempunyai dan memiliki data tidak boleh benarkan data itu bocor terutama melibatkan soal perkara yang tidak digemari orang lain," katanya.
Shabery mengulas tindakan Hanez Suraya atau nama penuhnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, dan teman lelakinya, Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, memfailkan saman terhadap MAS pada Khamis lalu kerana mendakwa petugas syarikat penerbangan itu menyebarkan keratan tiket penerbangan mereka ke Bangkok, Thailand di laman sosial pada bulan lalu.
Pasangan itu mendakwa tindakan MAS dan/atau petugasnya mendedahkan keratan tiket penerbangan berkenaan di laman sosial adalah tidak beretika serta melanggar APDP 2010.
Shabery berkata, semua pihak perlu menghormati dan melindungi hak peribadi seseorang itu termasuk tidak boleh mendedahkan maklumat penghuni di sesebuah hotel serta nombor pengguna telefon mudah alih kepada pihak lain.
APDP 2010 berkuatkuasa 15 November 2013 khusus bagi mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial.
sumber
No comments: