» » Gaun Pendek Hadiah Peminat Dipakai Chacha Maembong


DARI jauh sudah kelihatan pelakon Chacha Maembong dengan gaun pendek warna-warninya ketika hadir pada majlis pelancaran hlive! yang diadakan di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Ternyata set busana yang dipilih kali ini mampu menonjolkan dirinya ketika berada dalam kelompok artis yang lain.

Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata pemilihan gaun warna terang dipadankan dengan beg tangan berwarna kuning itu untuk menyesuaikan dengan umur remajanya.

Kata Chacha dia bosan dengan warna-warna gelap yang sering digayakan oleh artis untuk majlis-majlis sebegini.

"Selalu orang akan pakai warna-warna hitam atau gelap supaya mereka nampak anggun tetapi saya tidak suka, saya mahu fesyen itu seiring dengan karakter saya.

"Sebagai remaja saya mahu penampilan saya juga remaja dan ringkas sahaja," katanya.

Gaun pendek tersebut juga merupakan pakaian kegemaran Chacha. Dia sudah beberapa kali menggayakannya untuk beberapa majlis istimewa.

Kata gadis ini, dia tidak membeli baju tersebut sebaliknya hadiah daripada peminat membuatkan ia lebih istimewa.

"Saya dah pakai banyak kali juga baju ini kerana ianya selesa dan buat saya rasa lebih yakin.

"Lebih istimewa baju ini saya tidak beli, sebaliknya hadiah daripada peminat," katanya.


Pada majlis tersebut Chacha turut menyarungkan kasut berwarna kuning jenama Aldo daripada koleksi peribadinya, manakala dia memilih untuk tidak memakai sebarang aksesori sebagai pelengkap gaya.

Sementara itu, fesyen ringkas dan funky itu sangat sesuai dengan imej rambut baharunya ala penyanyi antarabangsa Rihanna.

Chacha juga memberi sedikit sahaja sentuhan pada solekan wajahnya bagi mengekalkan kecantikan semula jadi.

"Rambut ini baru bulan lepas saya potong sebab segaja nak cuba tukar imej manakala solekan saya tidak suka terlalu tebal.

"Baju sudah terlalu sarat dengan warna jadi lebih baik solekan buat tipis sahaja barulah seimbang," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .