» » Dyana tidak kisah gambar bersama Ibrahim Ali disebar


Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud mengalu-alukan kenyataan Datuk Ibrahim Ali untuk menggunakan gambarnya bersama Presiden Perkasa itu sebagai senjata untuk menjatuhkannya.

Beliau berkata biarkan Ibrahim bertindak sedemikian kerana akhirnya pengundi di Teluk Intan yang akan membuat keputusan.

"Silakan. Jika mereka mahu. Silakan. Terpulang kepada pengundi untuk mengundi nanti," katanya di sidang media di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.

Gambar Dyana bersama Ibrahim dan beberapa individu lain dalam sebuah majlis tersebar luas di Facebook hari ini.

Gambar tersebut diambil dalam sebuah majlis makan malam di sebuah restoran di Kuala Lumpur minggu lalu bagi meraikan Tengku Razaleigh Hamzah yang dianugerahkan Ijazah Kehormat daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .