» » Dyana bentang manifesto, mahu menetap di Teluk Intan


Dyana Sofya Mohd Daud hari ini membentangkan manifestonya dan berazam mahu menetap di Teluk Intan sekiranya terpilih sebagai ahli Parlimen di kawasan itu.

Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu turut mahu memperjuangkan perwakilan wanita sebanyak 30% di Parlimen selain jawatan utama dalam sektor swasta dan kerajaan.

"Sekiranya diberi mandat, saya juga akan menetap di Teluk Intan dan menggunakan amanat sebagai duta pekan yang indah ini untuk menarik perhatian Parlimen kepada isu yang penting buat rakyat.

"Saya juga menuntut caruman sosial wanita dilaksanakan seperti mana yang dinyatakan Pakatan Rakyat (PR) di mana setiap isteri berhak dilindungi di bawah skim ini," katanya pada satu sidang media di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dalam kempennya minggu lalu melihat calon luar seperti Dyana tidak akan dapat berkhidmat kepada rakyat sebagai mana wakil rakyat DAP terdahulu.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .