Bagaimanapun, dalam satu laporan pada Khamis, James mengisytiharkan dirinya sebagai muflis.
Bekas penjaga gol berusia 43 tahun itu pernah beraksi untuk 536 perlawanan sebagai pemain profesional dan mewakili England sebanyak 53 kali.
Bagaimanapun, dia terpaksa mengisytiharkan dirinya sebagai muflis selepas menanggung hutang sebanyak £3 juta sejak bercerai dengan isterinya, Tanya pada 2005.
Keputusan muflis terhadap James dibuat oleh Mahkamah Hertford County selepas dia memfailkan petisyen.
Ayah kepada empat anak itu kini dilaporkan berkerja di sebuah kelab bagi mengumpul wang mendapatkan lesen kejurulatihan.
James sebelum ini pernah terlibat dengan program kesukarelaan termasuk pencegahan penyakit Aids di Malawi dan beberapa negara lain.
Sumber M-S
No comments: