» » Cristiano Ronaldo Dinamakan Pemain Paling Berharga


PEMAIN Real Madrid, Cristiano Ronaldo telah dinamakan sebagai pemain bolasepak paling bernilai di muka bumi mengatasi Lionel Messi.

Ranking 10 pemain paling berharga di pasaran ini dikeluarkan oleh pakar kajiselidik sukan global, 'Repucom'.

Lionel Messi, pesaing terdekat Ronaldo dalam semua aspek berada di tangga kedua dalam senarai tersebut dengan 57 juta peminat di laman FB manakala agak mengejutkan rakan sekelab Messi, Gerard Pique berada di ranking yang ketiga dengan 12 juta peminat FB.

Tetapi kejutan paling besar ialah Fernando Torres yang diletakkan di ranking keempat dalam senarai 10 pemain paling bernilai di pasaran.

Sejak berpindah ke Chelsea dari Liverpool pada Januari 2011 dengan harga £50 juta, Torres bergelut untuk memenuhi tuntutan nilai pasarannya.

Tetapi kajiselidik yang dilakukan Repucom mendapati dia mempunyai nilai pasaran global yang tinggi.

Sebaliknya penyerang England dan Manchester United, Wayne Rooney berada di bawah Torres dari segi pengaruh pasaran iaitu di tangga kelima.

Menurut Repucom, Ronaldo, dengan kekuatan 82 juta peminat di Facebook (FB) dan 26 juta pengikut Twitter, telah memenangi Anugerah Pemain Terbaik FIFA awal tahun ini dan tinjauan yang dilakukan mendapati 82.5 peratus responden mengatakan pemain itu adalah peneraju trend generasi muda hari ini.

Pemain Portugal berusia 29 tahun itu juga dikenali oleh 83.9 peratus responden yang ditanya secara global.

Sementara Messi yang merupakan pemain terbaik dunia empat kali adalah pemain bolasepak dengan bayaran gaji tertinggi di dunia iaitu sekitar £16 juta setahun.

Juga mengejutkan kerana Pique berada di ranking ketiga dalam senarai tersebut. Bagaimanapun perlu diingat pemain pertahanan Sepanyol itu telah memenangi tiga piala Liga Juara-Juara dan juga Piala Dunia bersama Sepanyol pada 2010.

Populariti Pique kemudiannya bertambah sejak dia berkasih dengan bintang pop Colombia, Shakira.

Lebih 58 peratus responden di seluruh dunia mengenali siapa dia Pique manakala 97 peratus lagi populasi di negaranya Sepanyol turut mengenalinya.

Di tempat kelima iaitu Wayne Rooney yang mempunyai 20 juta peminat di FB dan sembilan juta di laman Twitter.

Bagaimanapun hanya 55.82 peratus responden dari seluruh dunia yang mengenali siapa pemain itu dan kerana itu dia berada di bawah Torres yang dikenali oleh lebih 59 peratus responden global.

Torres juga mempunyai dua juta pengikut Twitter iaitu sama banyak dengan Messi.

Selain mereka, enam lagi pemain yang tersenarai sebagai 10 pemain paling bernilai dari segi pemasaran di dunia ialah Andres Iniesta (6), Neymar (7) penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas (8), pemain PSG, Zlatan Ibrahimovic (9) dan bekas bintang Arsenal, Thierry Henry (10) yang kini bermain untuk kelab Amerika, New York Red Bulls.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Repucom, Paul Smith berkata, keupayaan pemain-pemain ini menarik perhatian peminat dari seluruh dunia menjadi impian kepada setiap penaja untuk mendapatkan penyertaan mereka sebagai duta produk apatah lagi menjelang Piala Dunia iaitu temasya sukan yang paling berprestij dan besar di dunia selain Olimpik.

"Ronaldo misalnya menjadi impian setiap penaja produk. Nilai yang dimilikinya adalah sama banyak dan penting dengan nilai pasukan yang diwakilinya," ujar Smith.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .