» » Chelsea Sambung Kontrak John Terry


CHELSEA pada Selasa mengumumkan yang mereka bersetuju untuk menyambung kontrak kapten pasukan mereka, John Terry untuk tempoh setahun lagi.

Ini membolehkan Terry terus kekal di Chelsea untuk tahun yang ke-20 menjadikannya sebagai pemain paling lama berkhidmat untuk kelab London itu. Dia mula bermain untuk Chelsea ketika berusia 14 tahun.

"Saya berasa sangat gembira untuk terus kekal semusim lagi bersama Chelsea menjadikan keseluruhannya tempoh saya bermain bersama kelab ini selama 20 tahun," ujar Terry.

Chelsea telah melaksanakan satu polisi baru iaitu hanya menawarkan kontrak sambungan selama semusim kepada mana-mana pemain yang telah mencecah usia 30 tahun dan ke atas sama sepertimana Manchester United.

Terry kini menerima bayaran gaji sebanyak £175,000 seminggu.

Dia telah bermain 34 perlawanan liga musim ini dan bersama Gary Cahill telah membentuk pertahanan paling kental dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kini Chelsea sedang berunding untuk menawarkan kontrak yang sama kepada Frank Lampard tetapi kedudukan seorang lagi pemain veteran Ashley Cole masih lagi menjadi tanda tanya.

Kontrak Cole tamat Jun ini.

Sumber M-S

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .