» » 'BN kalah Teluk Intan jika hina kaum lain'


Pemimpin MIC hari ini memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) agar tidak memberi kenyataan menghina sensitiviti pelbagai kaum kerana ia memberi kesan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Sabtu ini.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam menggesa pemimpin BN memperlihatkan imej yang lebih inklusif kepada rakyat Malaysia.

"‎Kebanyakan kenyataan seperti itu berlaku dengan keterlaluan, anda cuba menyatakan perkara yang anda rasakan boleh mendapat sokongan satu kumpulan namun ia mungkin tidak disukai kumpulan lain pula.

"Ia perlu tindakan seimbang dan kita perlu menjaga keseimbangan dengan tindakan paling optima," katanya kepada pemberita di Hospital Teluk Intan hari ini.

‎Apabila diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kaum Cina yang menyokong DAP sebagai tidak bersyukur, beliau berkata ia sepatutnya dielakkan.

"Apa pun situasi yang terjadi, bagaimana kita (pemimpin) perlu membaca secara politik, tetapi... kita mesti harus memperlihatkan tindakan yang boleh diterima semua orang. Ini merupakan salah contoh isu yang perlu dielakkan daripada terjadi," katanya.

‎Beliau berkata empat hari akan datang adalah amat penting bagi PRK Teluk Intan dan pemimpin BN perlu fokus dalam mempertahankan undi dan meningkatkan sokongan.

"Elakkan serangan peribadi, kita mempunyai banyak kemajuan positif bagi semua aspek demokrasi di negara ini dan kita sepatutnya menggunakan kelebihan daripada cuba melakukan perkara yang mungkin menjejaskan peluang kita," katanya.

Zahid memberitahu kira-kira 100 orang Melayu di Durian Sebatang, Teluk Intan semalam orang Cina mengundi DAP kerana mereka tidak bersyukur.

Beliau menggesa pengundi Cina, Melayu dan India bersatu kali ini bagi membangunkan kawasan dengan mengundi seorang lagi calon ahli Parlimen BN.

"Semua kaum mesti bersatu. Kita semua, Cina, Melayu, India, adalah sebahagian daripada satu keluarga besar, keluarga 1Malaysia. Itulah prinsip kami. "

Dr Subramaniam juga berkata sokongan kaum India ke atas calon BN Datuk Mah Siew Keong adalah sangat positif.

"‎Mereka sudah merasai kesan pentadbiran ahli Parlimen pembangkang, jadi saya fikir ini kemungkinan menjadi pendorong kepada mereka untuk berubah fikiran," katanya.

Katanya, pengundi memahami wakil BN mempunyai kedudukan lebih baik dalam membangkitkan masalah membabitkan penduduk setempat berbanding pembangkang.

"Namun secara umumnya ia lebih kepada sentimen tempatan ‎bagaimana saya ingin menyelesaikan masalah penduduk setempat. Ini adalah pendekatan kami yang mungkin membantu," katanya.

Pada masa sama, beliau juga menjangkakan sokongan kaum India di PRK Teluk Intan bakal meningkat sebanyak 60% kali ini.

‎‎Selain itu beliau turut menjangkakan lonjakan sokongan pengundi Melayu untuk BN, walaupun DAP meletakkan calon Melayu Dyana Sofya Mohd Daud.

‎Katanya, pengundi India di Teluk Intan tidak begitu kagum dengan gerakan politik baru DAP menampilkan Dyana Sofya sebagai calon.

‎"Ia mungkin langkah yang bagus sekiranya di Subang Jaya atau Bangsar di mana demografi pengundinya adalah berbeza. Namun tidak di Teluk Intan terdapatnya penduduk berpendapatan rendah dan sederhana.

‎"Mereka menghadapi kesukaran untuk hidup‎, bukan persepsi individu. Saya tidak fikir ia akan terjejas," katanya.

Kawasan Parlimen ‎Teluk Intan mempunyai seramai 60,349 pengundi dan hari ini merupakan pengundian awal.

Kawasan itu mempunyai 23,301 pengundi Melayu (38.6%), 25,310 pengundi Cina (41.9)% dan 11,648 pengundi India (19%).

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .