Untuk lapan minit pertama perlawanan berlangsung, Hull bermain bagaikan bakal juara apabila mereka terlebih dahulu mengejutkan Arsenal dengan mendahului pada minit keempat menerusi jaringan James Chester dan empat minit kemudian sekali lagi menerusi Curtis Davies.
Tetapi Arsenal cepat membalas dengan jaringan pemain tengah Sepanyol, Santi Cazorla pada minit ke-17.
Laurent Koscielny menjadikan kedudukan terikat 2-2 pada minit ke-71 dan situasi ini terus kekal sehinggalah permainan penuh tamat.
Selepas separuh masa pertama waktu tambahan kedudukan masih tidak berubah sehinggalah Aaron Ramsey menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada minit ke-109.
Jaringan tersebut menyentap rentap Hull dan mengecewakan pengurus Hull, Steve Bruce yang sepanjang kariernya pernah menjulang piala ini sebagai pemain ketika bersama Manchester United dahulu.
sumber
No comments: