» » Ancam bakar bangunan DAP hanya lakonan untuk bodek pemimpin atasan


Pemuda PAS mengkritik tindakan ganas sekumpulan Pemuda Umno yang mengancam untuk membakar bangunan DAP semalam sebagai lakonan murahan untuk membodek pemimpin atasan.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, berkata tindakan tidak beradab itu bertujuan membakar agenda perkauman yang sinonim dengan perjuangan Umno.

"Tujuannya adalah membangkitkan agenda perkauman dan membodek pemimpin atasan.

"Pemuda Umno memang sentiasa mencari peluang berlakon dalam agenda perkauman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata, ancaman tersebut lebih kepada usaha untuk menambah panas agenda perkauman Umno demi kuasa.

"Agenda perkauman mesti sentiasa dipanaskan agar Umno terus berkuasa," katanya.

Beliau berkata, ancaman sedemikian hanya akan memberikan peluang kepada kumpulan ekstrem seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang menyokong agenda perkauman.

"Aksi ganas di DUN atau cubaan untuk membakar pejabat DAP adalah ramuan yang cukup untuk Perkasa dan Isma menyambut lakonan Pemuda Umno," katanya.

Suhaizan menggesa agar anak muda tidaak terpedaya dengan permainan politik perkauman dan kebencian yang dibawa oleh Pemuda Umno seperti dalam insiden semalam.

"Anak muda Malaysia jangan terpedaya dengan lakonan murahan Pemuda Umno ini.

"Biarkan mereka tenggelam dengan labu-labunya,” katanya.

Semalam, Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengancam untuk membakar ibu pejabat DAP jika ada wakil rakyatnya menghina Umno sekali lagi.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii memberi amaran kepada DAP penghinaan seterusnya akan mengundang padah.

Kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibu pejabat DAP Kuala Lumpur kerana membantah kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Seri Delima, RSN Rayer yang berkata "Umno celaka".

Di Pulau Pinang, insiden keganasan melibatkan pemuda Umno juga tercetus apabila dewan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diceroboh masuk, ia berpunca kemarahan sama kepada Rayer.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .