Malah pengacara tersebut turut memperkenalkan pemuda yang dikenali sebagai Ubaidullah itu sebagai tunang kepada Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 31.
Peristiwa itu meleraikan segala tanda tanya dan penafian Ana selama ini yang mendakwa hubungannya dengan pemuda berkenaan sekadar kawan biasa walaupun gambar-gambar kemesraan percutian mereka bersama teman ke Thailand beberapa bulan lalu hangat diperkatakan.
Bagaimanapun, Ana ketika ditemui pemberita sebelum acara Hari Ibu itu bermula menafikan khabar angin tersebut dan berjanji akan memaklumkan kepada pihak media sekiranya dia benar-benar bakal berkahwin.
"Saya tidak menafikan perancangan untuk berkahwin itu memang ada tetapi gosip sebelum ini mengatakan saya bakal bertunang dan berkahwin pada bulan Mei sama sekali tidak benar. Malah saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu timbul.
"Buat masa ini tiada pengumuman yang ingin saya buat berhubung perkara itu namun sekiranya ada, saya akan beritahu kepada semua pihak. Kita hanya merancang tetapi jodoh itu ketentuan Tuhan," katanya kepada mStar Online sebelum pengacara mengumumkan statusnya itu.
Bukan sahaja pengumuman berkenaan malah status Ana Dahlia yang merupakan tunangan orang turut dicatatkan dalam kenyataan media yang diedarkan kepada wartawan.
Walaupun menafikan sudah bertunang atau bakal berkahwin, Ana Dahlia hanya mengaku keluarga Ubaidullah sudah datang berjumpa keluarganya di Taiping, Perak baru-baru ini untuk merisik tanpa menetapkan sebarang tarikh pertunangan atau perkahwinan.
Dalam perkembangan berkaitan Ana memberitahu dia telah lama mengenali Ubaidullah yang tinggal sekampung dengannya namun hubungan mereka rapat sejak setahun yang lalu.
Jelas Ana, dia selesa bersama pemuda itu dan menyifatkan Ubaidullah seorang yang mengambil berat dan berfikiran matang selain mampu membimbingnya daripada sudut agama Islam.
"Meskipun jarak umur kami berbeza tujuh tahun tetapi dia seorang yang matang dan amat menitikberatkan tentang hal agama dan itu membuatkan saya selesa dan tertarik dengannya," ujar Ana.
Ana Dahlia yang merupakan pesreta Pilih Kasih musim pertama dan pernah berkahwin dengan Chef Riz pada 11 Disember 2011.
Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila kedua-duanya disahkan bercerai pada November 2012 hanya selepas 11 bulan berkahwin.
mStar Online turut menghubungi Ana Dahlia pada Khamis malam untuk mengesahkan statusnya itu tetapi panggilan telefon dan kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar tidak dijawab.
sumber
No comments: