» » Akui ekonomi Malaysia sekarang tidak manfaatkan golongan miskin


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin hari ini mengakui walaupun perkembangan ekonomi Malaysia dicapai sebanyak 6.1%, golongan miskin masih menderita daripada kos sara hidup yang tinggi.

"Mereka (pembangkang) bertanya: apa maknanya pembangunan apabila mereka yang dalam golongan rendah masih mengalami kos sara hidup yang tinggi?

"Ini (saya akui) memang berlaku. Namun sebagai menteri yang bertanggungjawab atas kebajikan dan keperluan asas rakyat, saya boleh katakan tiada negara di dunia punyai undang-undang untuk kawal harga barangan," kata Muhyiddin dalam ucapannya di upacara pecah tanah Lebuhraya Pantai Barat di Teluk Intan.

Beliau berkata kerajaan Malaysia campur tangan untuk memastikan penjual tidak menyeleweng harga, dan mengatakan harga barangan asas seperti susu, beras dan petrol masih dikawal kerajaan.

Namun beliau menegaskan apabila kejayaan dicapai, penghargaan perlulah diberi, dan pihak pembangkang sentiasa mengulangi perkara negatif atau menjadikan perkara yang positif kepada negatif.

"Apabila pilihan raya kecil datang, mereka gunakan faktor positif untuk jadikannya negatif. Contohnya, mereka juga mentertawakan beruang panda yang dipinjam dari China," kata Muhyiddin.

"Kerajaan membantu negara dengan perkembangan ekonomi, dan kita patut bersyukur dengan usaha mereka."

Beliau berkata kerajaan akan terus mengurangkan beban golongan miskin melalui rasionalisasi subsidi dan baucar buku 1Malaysia (BR1M).

Muhyiddin juga mempertahankan pelaksanaan cukai kontroversial Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan mengatakan Pakatan Rakyat – pengkritik tegar GST – tidak menawarkan penyelesaian alternatif yang lebih baik untuk defisit bajet negara.

"Dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya umum, mereka akan bercakap tentang GST. Tetapi saya rasa jika pihak pembangkang menjadi kerajaan mereka juga akan memilih untuk melaksanakannya.

"GST bukan satu beban, ada pengecualian untuk keperluan asas seperti tepung, beras, tol percuma dan yuran sekolah."

Beliau juga menafikan bahawa lebuhraya 233km bernilai RM5 bilion dari Taiping, Perak ke Banting itu merupakan 'hadiah' pilihan raya untuk penduduk Teluk Intan.

"Jangan fikir kami lakukan ini untuk pilihan raya. Ada yang mengatakan projek ini membazir, jangan undi BN.

"Tetapi tidak satu pun kawasan berdekatan akan diabaikan, kerajaan akan memastikannya." kata Muhyiddin.

Sebaliknya, beliau berkata lebuhraya itu akan membenarkan lebih banyak pembangunan dan menaikkan nilai tanah berdekatan, memberi manfaat kepada pemilik tanah.

"Jangan terpedaya dengan pihak pembangkang. Ini satu lagi manifestati komitmen BN untuk manfaat rakyat." katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .