Aizat, 25, berkata, dia masih belum yakin mencipta lagu untuk dinyanyikan oleh artis popular dan jauh berpengalaman serta mereka yang dianggapnya sebagai idolan dalam bidang seni suara.
"Bukan saya tidak mahu buat (lagu) tetapi saya takut dan belum yakin terutama untuk orang lain dan orang tersebut pula adalah idola-idola saya.
"Untuk artis seangkatan pun saya belum pernah berikan lagu, inikan pula mereka yang sudah ada kelas tersendiri.
"Saya akui masih belum layak untuk mencipta lagu untuk mereka," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tonton Music, di First Avenue, di sini, Rabu lalu.
Sumber M-S
No comments: