» » Adam AF2 dan Fiza Mungkin Rujuk Semula


Penyanyi dan pelakon Adam AF2 mengakui sedang dalam proses memikirkan untuk kembali rujuk dengan bekas isterinya, pelakon Fiza Abdul Halim, 33, selepas sah bercerai talak satu pada 28 April lalu.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengakui masih mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak menolak jodoh untuk kembali bersama dalam tempoh edah selama tiga bulan ini.

"Ya, mungkin kami akan rujuk semula dan kini masih lagi memikirkan tentang perkara itu, namun itu semua terpulang kepada jodoh.

"Secara jujurnya memang saya masih sayangkan dia dan bagi saya tempoh edah ini juga menguji kekuatan kami dan mencari dimana kesilapan masing-masing," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Adam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan bahawa mereka merancang untuk kembali membina rumah tangga semula dan memperbaiki kesilapan masing-masing.

Dalam pada itu, Adam mengakui sering berhubung dan mengambil berat tentang bekas anggota kumpulan Elite itu selepas berpisah.

Dia juga menyelar dakwaan segelintir pihak yang menganggap mereka sebagai 'gila talak' kerana ingin bersatu semula.

"Kami saling berhubung seperti biasa kerana dia masih lagi tanggungjawab saya dan saya rasa itu tidak salah.

"Saya tidak ambil peduli orang kata kami 'gila talak', mereka tidak berada di tempat kami jadi tidak wajar untuk menuduh kami yang bukan-bukan, nak 'gila talak' sekalipun kami punya pasal," katanya.

Pasangan itu telah bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Manakala pada 28 April lalu kedua-dua mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada tengah hari Isnin.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .