kerosakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 menuju ke Bangalore, India, awal pagi tadi.
"Kita akan ambil langkah-langkah yang patut untuk menyiasat perkara itu," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media di Putrajaya pagi tadi.
Soalan tersebut pada awalnya diajukan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut hadir dalam sidang media itu.
Namun, beliau memberi laluan kepada Khalid untuk menjawab soalan itu.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum itu meminta polis menyiasat berkemungkinan terdapat unsur sabotaj terhadap pesawat syarikat penerbangan Malaysia itu.
Awal pagi ini, MH192 berpatah balik selepas mengalami kerosakan gear dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Pemangku menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui Twitternya berkata, pesawat itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagi dan semua penumpang serta anak kapal selamat.
Sumber M-K

No comments: