Dataran Merdeka tidak akan dibenar sama sekali bagi digunakan untuk Himpunan Membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang dijadual pada 1 Mei ini.
"Mereka boleh cari tempat yang lain, contohnya Padang Merbok, tetapi bukan di Dataran Merdeka yang masih dalam baik pulih," kata Datuk Bandar Datuk Ahmad Phesal Talib (gambar) hari ini.
Beliau berkata demikian mengenai cadangan satu gabungan badan bukan kerajaan dan parti politik untuk mengadakan perhimpunan itu sempena Hari Pekerja yang dirancang untuk bermula di KLCC dan berakhir di Dataran Merdeka.
Sumber T-M-I
No comments: