Ahli parlimen DAP hari ini melahirkan kebimbangannya jika masih ramai yang bersalah dalam laporan Ketua Audit Negara 2013 terlepas daripada hukuman seperti mana tahun sebelumnya.
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching (gambar) berkata setakat November tahun lalu, hanya seorang pegawai pencen kerajaan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Baru kerana memalsukan dokumen.
“Sudah banyak dana awam dibazirkan seperti mana yang didedahkan dalam laporan. Jadi macam mana rakyat berpuas hati dengan hasil siasatan setakat ini?
“Apakah jaminan kerajaan perkara ini tidak akan berulang dalam Laporan Audit Negara 2013? Saya tidak akan terkejut sekiranya ia berulang lagi,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 lalu mendedahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) membayar RM20,630 bagi lima mesin pengimbas A3 yang sepatutnya hanya berharga RM1,000.
Antara kementerian lain yang mendapat perhatian Ketua Audit Negara adalah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan.
Sumber T-M-I
No comments: