» »Unlabelled » MH370: Tindakan tegas terhadap penyebar fitnah

Pihak yang menyebarkan spekulasi, maklumat palsu dan fitnah terhadap pemimpin negara berhubung peristiwa kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 perlu dikenakan tindakan tegas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (BN-Kota Putera), Mohd Mahdi Musa, berkata perkara tersebut melibatkan kepentingan awam dan perbuatan itu menyebabkan berlaku perpecahan rakyat apabila disebarluaskan dalam media, khasnya media sosial.

"Fitnah ini juga semakin serius apabila ia melibatkan hubungan Malaysia dan negara lain menjadi dingin dan jika tidak ditangani dengan tegas dan serius akan mengancam keselamatan dalam negara dan rakyat kita di luar negara," katanya ketika berucap mengemukakan usul itu di persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.

Beliau berkata, langkah pencegahan perlu dilakukan segera sebelum perasaan marah rakyat terhadap pemimpin negara berlarutan kepada pepecahan masyarakat.

Katanya, perbuatan itu bertentangan dengan prinsip rukun negara yang menjadi asas idealogi dan falsafah negara dalam melahirkan perasaan cinta dan setia kepada negara serta kelangsungan permuafakatan dan perpaduan rakyat.

Sumber T-M-I

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .