Pihak berkuasa penyelaras operasi Australia berkata satu lagi isyarat dikesan di kawasan pencarian penerbangan MH370 yang hilang, lapor Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.
Bekas Ketua Marshal Udara, Angus Houston, yang mengetuai pencarian berkata, bunyi itu dikesan oleh pesawat Australia AP-3C Orion berhampiran kapal tenteranya, Ocean Shield.
"Data akustik ini memerlukan analisis lanjut tetapi ia berpotensi daripada buatan manusia," kata Houston dalam satu kenyataan hari ini, lapor SMH.
"Saya akan memberikan maklumat terkini lagi jika ada, dan apabila maklumat lanjut diperolehi," katanya.
Perkembangan terbaru ini datang ekoran tambahan pengesan sonar dibawa ke kawasan pencarian oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama awal hari ini.
Pesawat Tentera Udara Australia AP-3C Orion memasang pengesan sonar (sonobuoys) di kawasan pencarian yang lebih kecil bagi membantu alat pengesan pendengaran milik Tentera Laut Amerika Syarikat untuk mengesan isyarat.
Setiap 84 sonobuoys itu dilengkapkan alat pendengaran yang dipanggil “hydrophone”, yang dipasang 305 meter di bawah permukaan air dan boleh menghantar isyarat data kepada kapal pencari melalui isyarat radio.
Hampir 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 13 kapal terlibat dalam pencarian besar-besaran pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Sumber T-M-I

No comments: