» » MH370: 5 pesawat tentera teruskan misi pencarian meskipun cuaca buruk


Empat pesawat tentera berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Pearce yang terletak di utara Perth meskipun keputusan awal dibuat bagi menangguhkan aktiviti pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Selasa.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang memantau operasi pencarian, berkata aset berkenaan disertai pesawat E7 Wedgetail dari Pangkalan RAAF di Learmonth, bagi membantu mengelak konflik di ruang udara.

Kenyataan itu juga menyebut kesemua pesawat terbabit akan meneruskan misi mereka namun kapten masing-masing akan menilai situasi dan menggunakan budi bicara sama ada meneruskan aktiviti pencarian atau kembali ke pangkalan.

Sebelum ini, JACC berkata aktiviti pencarian dari udara akan ditunda berikutan cuaca buruk di kawasan pencarian akibat Taufan Tropika Jack.

Keadaan laut bergelora dan tahap penglihatan yang buruk akan menjejaskan aktiviti pencarian serta berpotensi mendatangkan bahaya, katanya.

Bagaimanapun, 10 kapal yang terlibat dalam usaha pencarian hari ini meneruskan aktiviti masing-masing.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang serta anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang dari skrin radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Usaha pencarian yang membabitkan pelbagai negara, pada mulanya dilakukan di Laut China Selatan dan kemudian di Lautan Hindi, apabila didapati melencong dari laluan asal.

Sumber T-M-I

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .